Dalam melahirkan murid yang berdaya saing beberapa perkara perlu dititik beratkan selaras dengan konsep pendidikan Abad Ke-21. Corak pembelajaran perlu di seimbangkan agar murid-murid mendapat peluang untuk mengusai pembelajaran mereka. Corak pembelajaran tradisional yang masih relevan perlu di tambah nilai dengan corak pembelajaran abad ke-21 agar proses kemenjadian murid boleh direalisasikan dengan lebih efektif.

[1BNTA] Website Icon V2_Dahulu & Kini.png
 

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DI TERAPKAN DALAM KALANGAN MURID ABAD KE-21

 
[1BNTA] Website Icon V2_5C.png
 

Konsep 5C merupakan konsep pembelajaran dan pemudahcaraan yang boleh diterapkan dalam pendidikan abad ke-21. Murid - murid perlu di bekalkan dengan keupayaan untuk mengusai 5 konsep tersebut iaitu Pemikiran Kritis, Pemikiran Kreatif, Kolaburasi, Perwatakan dan Komunikasi. Diharapkan dengan pengaplikasian 5C ini, kemenjadian murid dapat dibentuk dalam menghasilkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing dan mampu menjadi agen perubahan kepada komuniti dan negara.

[1BNTA] Website Icon V2-10.png

CRITICAL THINKING (Pemikiran Kritis)

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut.

[1BNTA] Website Icon V2-11.png

CREATIVE THINKING (Pemikiran Kreatif)  

Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

[1BNTA] Website Icon V2-12.png

COLLABORATION (Kolaborasi)

Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh  beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu  bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan.

[1BNTA] Website Icon V2-13.png

CHARACTER (Perwatakan)

Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi.

[1BNTA] Website Icon V2-14.png

COMMUNICATION (Komunikasi)

Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif