Cara pendekatan dan rupa bentuk  pendidikan sering dibincang dan banyak bahan-bahan pendidikan yang membicarakan mengenai pendidikan yang berkesan untuk pendidik masa kini dan masa hadapan. Pakar-pakar pendidikan sebulat suara bersetuju bahawa kaedah PdP perlu berubah mengikut perkembangan teknologi semasa seperti akses kepada internet yang laju dan perkembangan teknologi siber. Pendekatan konvensional, “chalk and talk” tidak lagi memberi kesan yang diharapkan kepada murid-murid dan sebaliknya memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang seiring dengan keperluan dan kehendak murid-murid abad ke-21.

Artboard 52 copy.png

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Bahkan, perubahan dalam pendidikan sentiasa perlu seiring dengan perkembangan teknologi atau selangkah kehadapan. Pendidik harus peka dan sedia untuk menerima perubahan ini agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan ke aras yang lebih tinggi.

Dipetik daripada: Buletin Anjakan Bil.4/2015 Topik: Pembelajaran Abad Ke-21

 

KEMAHIRAN - KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI GURU

Pendidikan hari ini mempunyai cabaran yang sangat luas dari segi penguasaan kemahiran. Ledakan sumber maklumat yang disandarkan kepada kelajuan akses internet menjadikan bahan rujukan pembelajaran semakin banyak. Ditambah dengan cabaran arus kemodenan yang semakin pantas berkembang, pendidik juga perlu mempersiapkan diri dalam mengusai kemahiran-kemahiran pengajaran dan pembelajaran sekaligus peneraju dan contoh dalam perlaksanaan pendidikan abad ke-21.

[1BNTA] Information, Media, Technology and Skills Icon.png

Kemahiran hidup dan kerjaya 

(Life and Career Skills)

Artboard 41 copy 4.png

 Kemahiran maklumat, media  dan teknologi

(Information, media and technology skills)

[1BNTA] Light Bulb Icon-01.png

 Kemahiran pembelajaran dan inovasi

(Learning and innovation Skills)

 
[1BNTA] Website Icon V2_Elemen copy.png
 

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN

Tuntutan kehidupan yang lebih kompleks dalam abad ke-21 memerlukan kita mempunyai pemikiran yang KRITIS, KREATIF dan INOVATIF kerana kebanyakan keperluan harian telah diautomasi yang membuat kita kurang berfikir dan kreatif. Kehidupan yang mencabar dalam era globalisasi menyebabkan kepada capaian maklumat di hujung jari tanpa sempadan masa, tempat dan kadar kendiri. Oleh itu, kita perlu bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat. Terdapat banyak ruang untuk meluahkan pandangan, hasrat dan perasaan dalam dunia digital ini, maka kita perlu bijak membuat keputusan semasa bahan dimuat naikkan. Kesemua ini memerlukan kita mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT adalah akronim untuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau dalam bahasa Inggeris Higher Order Thinking Skills (HOTS).

 

DEFINISI KBAT

KBAT membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

[1BNTA18]-Pelaksanaan-KBAT.png

PELAKSANAAN KBAT

Bagi melaksanakan KBAT di sekolah terdapat 7 elemen iaitu Kurikulum, Pedagogi, Pentaksiran, Kokurikulum, Sokongan Komuniti & Swasta, Bina Upaya dan Sumber.

 

7 ELEMEN DALAM
MELAKSANAKAN KBAT

 
 
[1BNTA18]-KBAT_Elemen-Utama_Black.png
 
[1BNTA18]-7-Elemen-V2-15.png

KURIKULUM

  • Elemen KBAT dalam kurikulum
  • Menyediakan standard KBAT dari prasekolah ke Tingkatan 5
[1BNTA18] 7 Elemen-V2-16.png

PEDAGOGI

Pedagogi KBAT yang efektif dalam bilik darjah berdasarkan penggunaan alat berfikir seperti program i-THINK

[1BNTA18] 7 Elemen-V2-17.png

PENTAKSIRAN

  • Tingkatkan % dan kualiti soalan-soalan pentaksiran
  • Menyediakan manual pembina item KBAT
 
 
[1BNTA18]-KBAT_Elemen-Sokongan_Black.png
 
[1BNTA18] 7 Elemen-19.png

KOKURIKULUM

  • Menyediakan toolkit untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
  • Setiap murid terlibat di dalam projek 1 Murid 1 Projek (1M1P) untuk meningkatkan KBAT
[1BNTA18] 7 Elemen-20.png

SOKONGAN KOMUNITI
& SWASTA

Mewujudkan mekanisme galakan penyertaan komuniti dan sektor swasta untuk menyokong KBAT dalam aktiviti di sekolah

[1BNTA18] 7 Elemen-21.png

BINA UPAYA

Menyediakan latihan KBAT kepada guru dan SISC+ dalam KBAT

[1BNTA18] 7 Elemen-22.png

SUMBER

Mempertingkatkan dan mempelbagaikan bahan sumber KBAT

 

CIRI ITEM KBAT

 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT.png
 
 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

SITUASI SEBENAR DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin

[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

ITEM TIDAK BERULANG

  • Item berbeza setiap tahun
  • Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku latihan dan lain-lain
 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

STIMULUS

Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal

[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

KATA TUGAS

Mempelbagaikan kata tugas untuk mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif

 
 
[1BNTA18]-Ciri-Item-KBAT_bar.png

KONTEKS BUKAN LAZIM

  • Menggunakan situasi baharu di luar bilik darjah
  • Menggalakkan murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah